Wednesday, 31 December 2014

JIKA SEMUA LELAKI SEDAR HAKIKAT INI ............

Seorang lelaki beristeri tanpa sengaja berkenalan dengan seorang gadis di di sebuah kantin kompleks, kerana ada urusan pekerjaan merekapun bertukar BB PIN
Malam harinya si gadis mulai BBM si lelaki :
Gadis : Awak hebat ya. Punya syarikat sendiri, berjaya pulak
Lelaki : Terima kasih
Esoknya si gadis call sekadar say hello
Gadis : Bila lagi kita boleh makan bersama lagi ?
Lelaki : Bila-bila je boleh
Setelah itu mereka masih sering berhubungan melalui BBM dan
telepon, sesekali juga temujanji ingin mkn bersama
Hari-hari berlalu, tiada hari tanpa contact antara mereka. Sampai suatu hari, si gadis BBM :
“Sebenarnya aku mencintaimu , aku tau kamu sudah b’keluarga, tapi aku terima untuk jadi isteri ke-2, dan maaf aku mengganggu perasaanmu.
Dengan berat hati lelaki itu berkata beluau menjawab :
“Dik, aku mengerti dan paham maksudmu… tapi dengan berat hati aku harus jawab TIDAK! Aku tau kamu memang cantik, dan aku yakin semua lelaki pasti mengatakan tubuh dan parasmu elok dan cantik.
Tapi, tahukah kamu kenapa aku nampak segak,bergaya dan berjaya ? Itu semua kerana dorongan dan semangat isteriku.
Sungguh sangat berdosa kalau aku harus curang dengan
seseorang yang hanya mengagumiku, kerana keadaan aku yang sekarang yang sudah berjaya.
Kamu menyukai aku tidak ikhlas, kamu hanya melihat penampilanku
semata. Padahal ada seseorang yang tersayang di rumah yang telah bersusah payah mendorong aku agar selalu tampil sebaik mungkin, dia adalah isteriku tercinta.
Kalau kamu menyukai aku, erti nya kamu tinggal memetik hasilnya, dan cara ini tidak pernah abadi.
Taukah kamu bahwa aku memulai ini dari 0 dan isteriku
yang selalu mendampingiku di kala susah, gelisah dan berjaya seperti ini.
Taukah kamu bahawa isteriku yang selalu mendoakan kejayaanku hingga aku mampu menjadi seperti ini. Kamu memang cantik, tapi hati isteriku lebih cantik.
Terima kasih atas cinta itu, maaf aku tidak boleh membalas seperti kehendakmu. .



* nangiss *

Thursday, 25 December 2014

TAHUN 3 already ! whoops

assalamualaikum kepada pembaca-pembaca blog ku. walaupun aku tau takda sapa yg baca blog ni. kah !

ya Allah rindunyaa dengan kau ni blog. rindunya aku nak menaip-naip ni. RINDUUUUU nyaa wooiiiii ahahahahaha :)

boleh cek bila post last aku. berbulan2 yg lalu.

heylowww world ,,,,, now im a THIRD YEAR STUDENT okay ? hahaha. how time fliess aaahhhh. aku baca post2 lama aku penuh dengan broken heart and etc. and mcm matang pulak ayat2 aku. aku pun taktau mana aku dapat ayat sematang tu. look at me now, aku rasa jauh dari perasaan2 dulu yang buat aku fikir masalah and whatsoever.

aku sekarang dah dewasa. *dah tua sebenanrnya* . and aku takda lagi perasaan nk feeling2, nk broken heart, nk bermadah2. oohh peeleaseeee i dont need all thos feeling anymore.

Tahun 3 tahun yang paling busy la seingat aku. aku ada 4 tahun kay UKM ni. hidup aku mcm biasa je, dull. takda yg menarik pun. ada la sikit2 menarik bila aku belajar more pasal civil engineering aku. aku belajar cara nak buat banglo 2 tingkat , aku belajar guna software2 yang berkenaan. Aku belajar cara kiraan taknak bagi rumah tu runtuh. Aku bersyukur ya Allah sbb aku ditempatkan dalam jurusan ini. Walaupun aku rasa aku tak layak pun , sbb bagi aku kos ni SANGAT SUSAH. Somehow i wanna scream out LOUUUDD . but i cant. aku kena hadapi jugak. aku ada lagi setahun setengah untuk habiskan. AKU NAK BERGELAR SEORANG ENGINEER.

IR NURHANIS NABILAH BINTI MOHAMAD HALIM *lewls*

aku nak atok n wae bangga dgn aku. aku nak ibu dgn ayah bahagia tgok kejayaan aku. aku nak adik2 aku rasa diorg ada kakak yg boleh dijadikan contoh. aku nk buat semua orang di sekeliling aku gembira. Aku nak orang2 di sekeliling aku senang dan boleh harapkan aku kalau diorg susah. Sebab aku pernah rasa mcm mana hidup susah and aku taknak keluarga aku rasa bnda yg sama.

ok lah. sebagai intro ni je aku nak bebel. aku rinnnddduuuuu sangat kat semua orang. sbb sekarang aku ada kt bilik kajai sorang2. so aku rindu semua orang sbb aku tgh takda kawan nk memebebel. nk keluar sangatlah malas. BUKAN MCM 1ST YEAR DULU, ASAL BOSAN JE KELUAR HAHA

goodbye.

Thursday, 10 July 2014

RAMADAN KAREEM

assalamualaikum RAMADAN KAREEM

ya.................. ALHAMDULILLAH bertemu lagi kita di Ramadan tahun ni. ALHAMDULILLAH. hidup utk this Ramadan again juga adalah salah satu nikmat dan anugerah ALLAH pada kita. ameen

now satu dunia sedang bersedih dan bersimpati dengan nasib GAZA yg diserang bertubi2. AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR. Kita mmg tak mampu nak stopkan peperangan tu, tapi langkah terangkir kita sebagai umat islam ialah MEMBENCI SERANGAN GAZA TERSEBUT DENGAN HATI. Sama2 kita doakan one day GAZA akan selamat dan kembali aman. Sedih bila tengok. Ya ALLAH.. kuatkan mereka ya ALLAH

kita makan sedap2 utk berbuka, diorg takda makanan. KITA boleh solat dengan aman bahagia dalam air cond, selesa,pakaian wangi sejadah telekung bersih, mereka pulak solat dlm tangisan ketakutan. YA ALLAH... T.T . But still tak ramai yg sedar dan masih ada yg meninggalkan solat, padahal kita taktau yg hikmah peperangan di GAZA itu pun beri pengajaran pada kita...Allah nk gambarkan pada kita, betapa kufurnya kita pada segala nikmat yg kita ada sekarang.

Lately aku selalu terfikir pasal alam barzakh. i dont know why. TAK SEDARKAH kita azab kubur itu pasti ?? yA ALLAH seramnyaaaaa. :'( bila kita mati , semuanya terputus. kita ditinggalkan dalam liang lahad, sorang2, keluarga semua pergi tinggalkan kita.macam mana keadaan lahad kita apabila malam menjelma ??!  Kalau bagus amalan semasa hayat, pelbagai nikmat kita boleh dapat di dalam kubur. Kalau sebaliknya, maka tersiksa lah kita bertahun2 sehingga kiamat. ya ALLAH kami takuuut T.T

kubur disempitkan, ular kala jengking merayap2 menunaikan amanah ALLAh pada mereka, soalan2 malaikat yg digeruni............. masa tu ke baru kita nak meraung mintak ALLAh bangunkan kita utk kita bertaubat menebus segala dosa2 kita. ALLAHU. sesungguhnya kami tidak ingin menjadi orang2 yg menyesal akan perbuatan kami apabila telah masuk ke liang lahad. Yang kami pinta, diberi kenikmatan sepenuhnya di liang lahad sambil menanti utk dihisab di akhirat kelak.

di alam kubur, firaun dihadapkan ke neraka setiap hari, dia dihidangkan dengan pemandangan neraka yg sangat dahsyat. MANAKALA orang2 yg berbuat kebaikan dipersembahkan dengan pemandangan syurga setiap hari. sehinggalah mereka dihisab pada hari akhirat, makan selepas itu barulah mereka masuk ke syurga dan kekal selama-lamanya. SUBHANAALAH ;')

Taubat itu penghapus dosa....setiap manusia pasti pernah melakukan dosa... Bertaubatlah kita sebelum masuk ke alam barzakh. Jangan lah jadi org yg mnyesal di alam sana, justeru, persiapkan diri dengan amalan2 yang akan menerangkan dan membahagiakan petak lahad kita nanti insha ALLAH. BERBAHAGIALAH orang2 yang mati syahid di jalan-MU ya ALLAH ;')

RAMADAN KAREEM adalah masa terbaik utk kita bertaubat dan menginsafi kesalahan dulu. YA ALLAH SESUNGGUHNYA KAMI HAMBA2 MU YANG SERING BERBUAT DOSA. DOSA BESAR MAHUPUN KECIL, YANG KAMI SEDAR ATAUPUN TIDAK. RAHMATILAH KAMI, AMPUNILAH KAMI YA ALLAH. SESUNGGUHNYA KAMI TIDAK MAHU TERGOLONG DALAM GOLONGAN ORANG2 YANG RUGI. AMIINN AMIINN ya RABB

pesanan utk pemilik blog sendiri. sesungguhnya aku hambamu yg berdosa ya ALLAH

Thursday, 30 January 2014

ASPURI SMKA PEDAS

hello anak2 :)) *doa semoga nnti anak ramai,ameen*

okay,gua tau tajuk post gua sangat undetermine kan kan ? ya ALLAH weh. macam mana aku nak luahkan weh. aku rindu gila dengan SMKAP. aku rindu gila asrama puteri, aku rindu gila bilik prep, dorm 15, ya ALLAH rindu gilaaaaaaaaaaa  T.T

andai sahaja waktu boleh diputar, PASTI, aku akan putarkan ke 2009 . :')

haritu pergi aspuri jap,nak menimbang budak2 junior. so masuk aspuri. aku taktau kenapa masa tu aku cm berani nk masuk sana haha. maybe sebab rindu sangat

okay, LANGKAH KAKI yg 1st masuk aspuri, jantung aku dh CRAMP *over* . lajunya berjalan. aku teringat pintu tu lah aku masuk dengan kawan2 aku dlu masa balik dr kelas, keluar nk g kelas, musolla semua. yA ALLAH rindu gila ah :'(

aspuri banyak sangat pembaharuan. sangat banyak. and sebab pembaharuan2 tulah aku still rasa " OHH NI BUKAN ASRAMA AKU" . asrama aku lain, asrama aku lagi best dari ni. *padahal aspuri sekarang jauh lebih maju. takpe, tapi aku sangat sayangkan moment aku dulu. rindunyaaaa T.T

lepak wakaf depan bilik prep,aku duduk kt pintu bilik prep. KALAU JE MASA TU AKU DAPAT PELUK tirah,ngeng, mok,bok and yg lain2 sekali dalam tu, pd ketika tu..................................... ya ALLAH rindunya T.T

aku tengok toilet f5 dia,teringat tu tempat mandi kitorg. pandang dorm 15 yang sangat aku sayang. ohhmyyy. hmmmm mau aku menangis kang ni

aku teringin la nk masuk asrama balik,nk jadi student mcm dulu, nak duduk situ tak keluar2 haha memang asrama aku the best wehh !!!

nak tau tak, sebenanya aku tak suka life aku masa sekolah. tapi taktau kenapa lately asyik rindu sekolah. dah terubat kot sakit2 hati dlu kt sekolah haha. aku pndang padang, teringat jadi QM masa sukan, lari rentas desa, pergi klinik,masuk bilik sakit. andai je aku dpt ulang semua ni. T.T

masa habis sekolah, aku tak penah rindu sekolah serindu mcm sekarang. kiranya almost 5years jugak aku pujuk hati sendiri, and akhirnya aku jadi rindu gilaaaaa dengan sekolah and hostel. rindunya ya ALLAH.

semua manis2 belaka. even pergi masuk bilik disiplin, still dh jadi manis dh sekarang. nama up kt cikgu masa f5 tu sebenanya benda tak bagus, tapi sebab dh jadi kenangan, aku rasa sebab semua tu lah aku jadi rindu sayang kat hostel.

main kejar2 dengan cikgu anizar sabirin masa maghrib-isyak kt hostel. haha. jahatnya kitorg. ;')
kalau lah cikgu nampak kitorg sekarang dah jadi apa.......mesti cikgu suka. dah tak nakal mcm dlu okay :p

okay lah. tu je nak share. cantik tak header baru ?  wa hebat gila buat header sekarang. hiks

kenangan silam

" we always pride ourselves for such a small accomplishments. Pulak tu,bangga dengan benda tak sepatutnya . Bangga pasal masa silam . Kalau sedih pun,pasal masa silam. kadang2 orang berubah sebab masa silam. KADANG2 MANUSIA BALIK KEPADA EX DIA PUN SEBAB MASA SILAM, BUKAN SEBAB DIA STILL SAYANG. Kalau kita belajar dr kesilapan kita, sokay. ini takk, we're hung up on the past until we forget to MOVE FORWARD. "

" im assuming that this principle should be applied for everything we do in life , right ? "

" so maksud you kita tak sepatutnya terus hidup dalam masa silam sebaliknya kita kena teruskan kehidupan dengan lebih bahagia, KAN? "

yes. absolutely
 
lullaby of a secret loner Blogger Template by totoanis Blogger Template